Jumaat, 29 November 2013

KENAIKAN GAJI !!! MAKA MELOMPATLAH KERA KERA PAKATAN

Apabila kenaikan gaji dibentangkan dalam dewan undangan negeri baru baru ini, maka melompatlah kera kera pakatan mempertahankan Menteri Besar mereka si Khalid gagap dengan pelbagai cara termasuklah membandingkan gaji diantar Menteri Besar mereka yang gagap dengan gaji Ketua Menteri Sarawak.

Yang menjadi kegelian hati Sangkakala ialah dalam mereka mempertahankan si gagap yang mengekalkan keputusan untuk kenaikan gaji tersebut, Azmin selaku Timbalan Presiden bangkit menyuarakan perasaan tidak puas hati beliau tentang kenaikan tersebut.

Tapi walaupun begitu, para penjilat pakatan tetap juga dengan keputusan merek membela si Khalid gagap yang menerima gaji keseluruhan berjumlah lebih dari 40 ribu ringgit.

Jika dibandingkan dengan gaji ketua menteri Sarawak sudah pastilah tidak dapat ditandingi oleh Khalid tetapi perlu juga diingat berapa pula jumlah pelaburan yang diterima oleh negeri Sarawak pada tahun 2012 dan berapa pulak penurunan jumlah pelaburan di Selangor?

Kalau nak dibandingkan juga kenapa gaji Menteri serta Menteri Muda sarawak agak tinggi berbanding Selangor jawapan yang paling mudah ialah sebesar mana pula Sarawak dengan Selangor? dan seluas mana pula kawasan jagaan ADUN Sarawak berbanding dengan Selangor dan untuk pengetahuan penjilat tegar pakatan, ada kawasan di Sarawak sebesar negeri Pahang dan bagi Sangkakala tidak ada salahnya jika mereka menerima gaji yang lebih.

Tapi si Khalid ni jaga negeri yang sebesar 1/8 negeri Sarawak menerima gaji yang sebegitu nilainya, atas dasar apa?

Harta Selangor yang ada dalam Yayasan Selangor semakin merosot begitu juga dengan PKNS yang juga dikatakan merosot.

Adakah ini kebanggaan pejilat pakatan dalam hal ini?

Permasaalahan di Selangor tidak diselesaikan dengan baik tetapi kenaikan gaji mendadak naik berlipat kali ganda.

Khalid dan kepimpinan kerajaan negeri Selangor mungkin merasakan bahawa ini adalah peluang mereka untuk menyapu segala yang ada dalam negeri Selangor kerana telah diberi mandat oleh rakyat Selangor dan peluang ini digunakan sebaik mungkin.

Jadi kepada rakyat Selangor, sedar sedarlah, dah sepenggal kena tipu, kali ni sepenggal lagi, takkan yang akan datang pun nak kena lagi kot.