Sabtu, 9 November 2013

PENGHINAAN TERHADAP PAS SUDAH SAMPAI KEMUNCAK


Sangkakala nampak apa yang dilakukan olehbpemimpin PAS dalam mempertahankan kenyataan Karpal Singh supaya parti yang menggunakan nama agama serta bangsa dibubarkan adalah satu penghinaan terhadap parti itu 

PAS bukannya dihina oleh parti lawan atau parti seangkatan tetapi PAS dimalukan oleh kepimpinan nya sendiri yang seolah olah orang tiada pedoman dan tiada pendirian. 

Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang merupakan mursyidul am PAS itu sendiri bahawa kenyataan Karpal Singh adalah kenyataan peribadi dan beliau juga dilihat tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan perkara tersebut sedangkan apabila Karpal mengatakan tentang parti yang menggunakan bangsa dan agama, PAS juga turut terbabit sama.

Masalahnya sekarang, kepimpinan PAS seolah olah lembu yang di cucuk hidungnya dan di tarik ke padang ragut untuk diberi makan rumput dan mereka (pemimpin PAS) seolah olah tidak mampu untuk berbuat apa apa kepada pemimpin parti seangkatan mereka dan mereka juga seolah olah kebal daripada segala komen atau kritikan daripada pemimpin PAS dalam usaha mempertahankan parti mereka sendiri.