Rabu, 6 November 2013

MENGAMPU DIKATA BERJUANG !!! MENGHENTAM DIKATA KHIANAT ???

Ada sorang sahabat telah mengatakan bahawa Sangkakala sebelum pemilihan tempoh hari telah menghentam kepimpinan UMNO Bahagian Batu dan dari ayat yang tergantung diberikan oleh beliau Sangkakala rasa dia nak kata yang Sangkakala ni pengkhianat.

Cuma nak bagi tau satu perkara kepada sahabat ni, tak semestinya kalau Sangkakala menghentam pemimpin tu maknanya pengkhianat sebab pemimpin tu datang dan pergi yang tinggal cuma parti jadi kena la bijak sikit memilih yang mana satu perlu didahulukan.

Sangkakala memang menghentam Ketua Bahagian Batu sebab Sangkakala sendiri duduk dalam bahagian tersebut dan kepada yang tak tau masalah dalam Bahagian Batu, selidik lah dulu kenapa dan mengapa Sangkakala hentam kepimpinan dan itu pun cuma seorang iaitu Ketua Bahagian yang juga merupakan ketua cawangan Sangkakala sendiri.

Nak juga bagi tau sikit pada sahabat ni bahawa jangan hanya pandang luaran, kena juga selidik bab dalaman dan jangan yang mengampu dikatakan pejuang dan yang menghentam dikatakan khianat sebab Sangkakala ni tak reti nak mengampu, kalau tak betul, mesti kena hentam, jadi kalau dah diperbetulkan Sangkakala takkan usik lagi, salah ke kalau macam tu?

Sebab lagi satu mungkin la Sangkakala ni Vocal sikit, tak peduli siapa, baik ahli biasa sampai le ke menteri Sangkakala akan sapu semacam sebab takde apa kepentingan pun bagi Sangkakala, lainlah kalau yang cari makan dengan pemimpin, kena la ikut apa kehendak dan diamkan apa juga yang tak betul dan tak elok.

Bagi Sangkakala, Sangkakala cuma ada parti ini untuk diwarisi oleh anak cucu Sangkakala nanti sebab ianya tidak akan bertukar dan terus begitu insyaallah, begitu juga dengan sikap berketua, tapi tak tau pulak kalau orang lain yang hari ni boleh satu ketua dan esok berketuakan orang lain.