Jumaat, 1 November 2013

#BeraniHijrah #PrkSgLimau PENDUDUK DAPAT RUMAH PERCUMA


Petang ini telah diadakan majlis pelancaran rumah untuk penduduk tepi pantai yang dilanda ombak besar pada tahun 2006 di pinggir pantai di Kampung Tepi Pantai Yan yang melibatkan 38 buah rumah.


Sumbangan rumah ini telah dilakukan oleh Yayasan Haji Zainuddin dan 100 buah rumah kediaman jenis teres akan disiapkan menjelang 2015 nanti.

Sebanyak RM 5 juta telah disumbangkan oleh Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pengerusi Yayasan Hj Zainuddin dan RM 3.3 juta adalah dari tanggungan kerajaan negeri.

Sangkakala rasa orang di Sungai Limau amat beruntung dan patut merasa syukur dengan pemberian rumah teres ini.


Pelancaran pada petang ini telah dilakukan oleh Menteri Besar kedah, Datuk Paduka Hj Mukhriz Tun Mahathir, beberapa orang kenamaan turut hadir dalam pelancaran ini seperti Datuk Seri Jamil Khir selaku ahli Parlimen Jerai, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YB Tuan haji Badrul Hisham, Datuk Ku Rahman dan beberapa orang kenamaan lagi, presiden MCA juga turut hadir sama dalam pelancaran tersebut.

Kawasan seluas 15 ekar telah ditambak untuk kerja kerja pembinaan dan sebanyak 10 ekar digunakan untuk perumahan dan selebihnya adalah untuk projek kerajaan negeri.

Seperti mana yang dikatakan oleh seorang penduduk yang terlibat dalam kejadian ombak besar pada tahun 2006 dulu, pecah tanah kawasan ini telah dilakukan sebanyak 2 kali semasa kerajaan PAS memerintah dan ianya tidak terlaksana.

Tapi baru beberapa bulan kerajaan Barisan Nasional memerintah semula negeri Kedah projek perumahan ini sudah dimulakan iaitu pada bulan September 2013.

Ini telah membuktikan bahawa kerajaan negeri bersungguh sungguh dalam usaha membantu rakyat di negeri Kedah amnya dan rakyat kawasan Sungai Limau khasnya.


Diakhir ucapan Menteri Besar pada petang ini, beliau telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Daim Zainuddin atas sumbangan rumah kediaman ini dan beliau juga berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan Sungai limau serta beliau sendiri telah menjadi ADUN angkat untuk kawasan ini.

Nampaknya selepas ini penduduk di Sungai Limau tidak akan terpinggir lagi sepertimana sebelum pilihanraya yang lepas dan pemberian rumah ini sudah pastinya menjadi titik tolak kepada perubahan nasib mereka yang dilanda musibah ombak pada tahun 2006.