Jumaat, 8 November 2013

ANWAR MAKIN TERTEKAN !!! PKR MAKIN LENYAP


KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan sebentar tadi mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah berkuat kuasa serta merta hari ini.
Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Jelani memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah terutama Pengerusinya, Datuk Lajim Ukin dan kegagalan parti itu mengamalkan pemberian autonomi kepada rakyat Sabah seperti dijanjikan parti itu.


Beliau juga menolak dakwaan tindakannya itu didalangi oleh Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti didakwa pelbagai pihak. 

Jelani juga tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru dalam masa terdekat dan meneruskan perjuangan untuk rakyat menerusinya. - BH


Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: