Sabtu, 2 November 2013

#BeraniHijrah #Prksglimau SABOTAJ BENDERA BN TANDA PAS DIAMBANG KEHANCURAN

Kejadian ini berlaku di kawasan Ulu Sedaka dimana hampir 100 bendera Barisan Nasional yang dipacakkan ditepi jalan dicabut dan diselerakkan ditepi jalan.

Ini adalah satu tanda dimana kita dapat melihat akan betapa tersepitnya PAS di Sungai Limau apabila kebanyakan daripada pengundi dan penyokong PAS sudah mula beralih arah kepada Barisan Nasional.

Sikap kurang ajar begini tidak sepatutnya berlaku dalam pilihanraya kerana PAS sendiri mengatakan bahawa pertandingan kali ini akan diadakan dengan cara aman dan makmur.

Ini ke rupa aman yang PAS katakan tu? Atau ini bentuk keamanan yang dibawa oleh PAS.

Pemimpin PAS sepatutnya malu dengan sikap anak buah mereka yang tidak tahu menghormati dan tidak beradap semasa kempen pilihanraya disini.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pengikut atau jentera Barisan Nasional yang hanya menaikkan bendera serta poster calon tetapi untuk mengusik atau merosakkan bendera parti lawan atau apa sahaja berkaitan dengan lawan tidak akan dilakukan.

Sangkakala rasa baik la pengikut PAS bertaubat dan bertindak serta berkerjalah sepertimana jentera Barisan Nasional bekerja.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: