Jumaat, 1 November 2013

#BeraniHijrah #PRKsglimau PAS MELAKA DIHALAU PAS BUKIT CHORAS

Wah...apa dah jadi sampai kena halau ni? Agaknya PAS Bukit Choras yang terkenal dengan sikap agresif dah terlebih agresif sampai halau geng sendiri.

Sangkakala dapat maklumat bahawa PAS cawangan Bukit Choras halau PAS Melaka dan ini telah membuatkan PAS Melaka bertindak keluar dari kawasan tersebut. 

Memang selama ni pun, kawasan Bukit Choras terkenal dengan sikap mereka yang terlalu totok dan taksub dengan pemimpin mereka.

Satu lagi maklumat yang disampaikan apabila seorang guru sekolah telah menjadi ketua jentera kepada parti PAS dan dengar cerita kalau ada kemasukan jentera Barisan Nasional mereka kena berhadapan dengan guru tersebut terlebih dahulu.

Bagi Sangkakala, guru ni mungkin terlepas pandang bahawa beliau bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukanlah bermaksud beliau tidak boleh menyokong mana mana parti lain, tapi kalau dah sampai kena berdepan tu rasanya memang tak sepatutnya la kan.

Sebagai seorang guru, beliau sepatutnya menujukkan sikap yang baik dan bukannya nak tunjuk diri sebagai samseng politik.

Dengan sikap yang sebegitu juga Sangkakala rasa beliau tidak sepatutnya berada di persada pendidikan kerana sikap ini takut akan diturunkan kepada anak didik beliau selepas ni.

Jadi Sangkakala rasa guru tersebut perlu menimbangkan sama ada beliau mahu menjadi guru atau menjadi samseng politik.

Sebab apa Sangkakala kata macam tu? Sebab institusi perguruan adalah institusi yang dipandang tinggi dan jangan kerana beliau seorang semua guru akan terbabit sama.