Selasa, 5 November 2013

@Khairykj JAWAPAN EXCO ANGKAT PEMUDA UMNO PDM DULANG KECIL

Sangkakala semalam ada mengeluarkan satu artikel tentang seorang exco pemuda UMNO Malaysia yang tiada di pusat daerah mengundi (PDM) semalam.

Apa yang Sangkakala lihat dan daripada apa yang didakwa oleh jentera tempatan, beliau tiada di PDM tersebut tetapi sebenarnya ada kisah lain yang berlaku.

Pagi ini Sangkakala telah dihubungi sendiri oleh exco pemuda tersebut dan jawapan atau penjelasan yang dilakukan oleh beliau telah memuaskan hati Sangkakala.

Beliau mengatakan bahawa semasa awal pembukaan pintu masuk peti undi iaitu lebih kurang jam 8 pagi dan kemudian beliau telah di panggil ke Command Centre (CC) kawasan Kabu 10.

Jadi beliau telah pergi ke CC kerana ada tugasa yang perlu dilakukan dan lebih kurang jam 11.30 pagi urusan beliau di CC selesai dan beliau terus bergerak balik ke PDM Dulang Kecil.

Tapi agak malang apabila jalan di sepanjang jalan dari Kabu 10 hingga ke Dulang Kecil bahkan hingga ke pekan Yan mengalami kesesakan jalan raya.

Jadi beliau telah tersekat didalam kesesakan jalanraya tersebut selama 2 jam dan beliau telah menambil satu inisiatif dimana beliau telah meminta seorang pemuda menghantar beliau dengan menaiki motosikal hingga ke PDM Dulang Kecil.

Dan apabila beliau sampai, kebetulan Datuk Paduka Mukhriz yang juga merupakan Menteri Besar telah sampai ke PDM Dulang Kecil untuk membuat lawatan dan beliau telah mengatakan kepada Sangkakala bahawa ianya adalah satu kebetulan semata mata.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak mengikuti Datuk Paduka Mukhriz atau mana mana pemimpin dalam tempoh kempen tersebut dan beliau juga mengatakan bahawa beliau meninggalkan kawasan Sungai Limau cuma 2 hari selepas penamaan calon dan kembali ke kawasan tersebut untuk menjalankan tugas.

Jadi disini Sangkakala nak pesan pada exco ni, lain kali kena ingat, kalau nak ke mana mana pun kena bagi tau pada orang setempat dan sekurang kurangnya jumpa dengan sesiapa yang ada disitu untuk memberitahu kemana kita pergi.

Itu satu, satu lagi Sangkakala nak pesan ialah, sebelum bergerak kemana mana sewaktu hari pembuangan undi, kena tinggalkan arahan kerja untuk dilaksanakan oleh pemuda tempatan dan pastikan ada seorang wakil menggantikan kita di kawasan tersebut untuk memberi apa juga laporan tentang kegiatan di pihak kita atau pembangkang.

Jadi disini juga Sangkakala rasa sudah tidak ada timbul salah faham kemana beliau menghilang semasa hari pembuangan undi dan bila kata tersangkut dalam kesesakan jalan raya tu, Sangkakala akui memang berlaku kesesakan yang amat teruk di kawasan Sungai Limau dan yang tak sesak cuma batas sawah je.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: