Ahad, 24 November 2013

KEMENANGAN MAT SABU BENCANA BAGI PAS

Dengan kemenangan yang diperolehi oleh Mat Sabu dalam mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar dan pemilihan semalam jelas menunjukkan bahawa PAS kini sudah beralih arah kepada bukan ulama.

Jelas telah disampaikan oleh Mursyidul Am PAS yang mengatakan bahawa kepimpinan haruslah daripada golongan ulama telah dipinggirkan oleh para perwakilan PAS itu sendiri.

Dengan kemenangan ini juga, legasi Anwarinaz telah mula berakar dan semakin kuat didalam parti PAS.

Ada seorang rakan Sangkakala mengatakan bahawa kemenangan Mat Sabu adalah berpunca daripada isu Syiah yang ditimbulkan oleh para pemimpin parti itu sendiri.

Tapi Sangkakala rasa ada betulnya sebab dia juga berkata semua orang akan merasa gembira dengan pendekatan yang diambil oleh puak syiah tertamanya kawin muta'ah yang dikatakan menjadi kegilaan didalam ajaran tersebut.

Walaupun ramai yang mengatakan bahawa syiah telah terpesong daripada ajaran islam yang sebenar, tapi tak kurang juga yang suka dengan fahaman syiah ini tetapi hanya kerana satu perkata iaitu nikah muta'ah.

Benar atau tidak dakwaan ini Sangkakala serahkan kepada pemikiran para pembaca sekelian untuk membuat penilaian.

Walau apa pun, Sangkakala masih mengatakan sama ada mereka syiah atau tidak, PAS memang telah lari dari ajaran Islam yang sebenar dan dengan kemenangan Mat Sabu akan lebih menghancurkan PAS.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: