Khamis, 28 November 2013

@khairykj UMB DITAMBAH BAIK ??? ATAS DASAR APA ALASAN NI ???

Sangkakala pun tak faham apa maksud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin tentang UPGRADED UMB atau Unit Media Baru pergerakan pemuda UMNO Malaysia dalan laman twitter milik beliau.


Takkan Khairy tak tau maksud Upgraded kot sedangkan selama ni Sangkakala tahu beliau memang fasih berbahasa inggeris, tapi dalam situasi  sekarang Sangkakala sendiri pun tak tau maksud yang tersirat disebalik apa yang dikatakan sebagai Upgraded ni.

Kalau nak dikata penambahbaikan, mampukah UMB yang ada sekarang menjadi UMB yang lebih baik dari yang dulu?

Bukanlah Sangkakala nak mengata mahupun mengutuk pengerusi UMB yang dilantik oleh Khairy, tapi dari apa yang Sangkakala serta rakan rakan lain lihat, pengerusi UMB kali ni mungkin akan menekankan penggunaan Instgram sebagai medium untuk menangkis serangan daripada pembangkang.

Walaupun pengerusi yang ada sekarang ini mempunyai beberapa akaun termasuk blog, tapi dari apa yang Sangkakala lihat, artikel terakhir yang dikeluarkan dalam blog beliau adalah pada bilan Jun 2012.

Hmmm...dah lebih setahun la bro, dan sekarang ni pengerusi UMB baru ni lebih aktif ke Instagram yang selalunya memuatkan gambar sendiri dan tak tau lah pula kalau dia ni ada alasan sendiri kalau kalau instgram lebih efektif penggunaannya dalam media sosial berbanding medium yang lain lain.

Seperti yang pernah dikatakan kepada Tun Faisal satu masa dulu, kalau blog pengerusi UMB duduk di tangga tercorot dalam list ranking blogger,  baik naikkan dulu ranking tu sebelum jumpa rakan rakan Sangkakala yang hebat hebat berblog, berfacebook dan bertwitter.

Kalau tidak nanti alamatnya dapat malu je bila kena sound.