Jumaat, 8 November 2013

APA KATA PAS ?? MAU SOKONG LAGI KE ?? @tunfaisal


Apa kata PAS dalam keadaan ini? Masih mahu terus menyokong atau mahu membanteras apa yang terkandung dalam banner yang ditemui di seksyen 8 kota damansara ni.

Tapi dari apa yang kita lihat, pemimpin PAS akan terus memberikan sokongan kepada DAP dan Anwar Ibrahim kerana mereka hanya mahukan kuasa dan jawatan yang dijanjikan kepada mereka. 

Tapi pernahkah mereka (pemimpin PAS) terfikir bahawa sokongan mereka kepada DAP dan Anwar Ibrahim hanya akan merosakkan agama Islam semata mata?

Apakah mereka mahu melihat kehancuran agama islam di Malaysia hanya semata mata kerana kuasa dan pangkat yang dijanjikan yang belum tentu di mana kesudahannya.

Kepada pengikut PAS pula, adakah ini yang diperjuangkan selama ini? 

Tanya pada veteran veteran PAS, adakah mereka bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam banner diatas?

Perjuangan PAS pada hari ini menyimpang jauh daripada asalnya seperti mana yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

Kini PAS tidak lagi berada di landasan perjuangan mereka yang sebenar tetapi lebih kepada perjuangan kuasa dan pangkat.