Perbezaan ini meliputi apa yang dilakukan dan antara kedua dua kerajaan.
Kerajaan pakatan pembangkang akan mewar warkan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka semata mata untuk memperolehi undi dimasa hadapan sedangkan kerajaan Barisan Nasional pulak melakukan sesuatu tanpa memberitahu kepada rakyat sehinggalah rakyat tahu sendiri akan perkara tersebut.
Seperti contoh, kerajaan Selangor telah menghebahkan berita bahawa mereka menjaga kebajikan rakyat dengan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada rakyat dan dengan itu pelbagai sunber telah digunakan untuk membuat hebahan.
Pemberian air percuma ini telah dilakukan sekian lama di Nusajaya dan kini rakyat di Nusajaya akan menerima 35 meter padu air percuma setiap bulan untuk golongan miskin dan miskin tegar.
Tapi perkara ini tidak pernah dihebahkan kepada rakyat berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang seperti yang Sangkakala katakan tadi akan menggunakan segala sumber yang ada untuk membuat hebahan.
Cuma mungkin rakyat tidak tahu atau tidak pernah nak ambil tahu tentang perkara tersebut dan mereka lebih8h percaya dengan apa yang dihebahkan oleh pembangkang.