Jumaat, 15 November 2013

BANJIR KILAT MAKIN MENJADI DI SELANGOR @nohomar @Khalid_Ibrahim




Ini gambar yang dihantar oleh seorang rakan Sangkakala yang mengatakan bahawa pagi tadi telah berlaku banjir kilat di kawasan Sungai Rasau dan gambar kedua menunjukkan jalan berhampiran plaza tol Sungai Rasau juga dinaiki oleh air.

Agaknya ini air percuma yang diberikan oleh kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor kepada rakyat.

Banjir kilat kini dilihat kerap melanda di negeri Selangor ekoran sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.

Apa tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu banjir kilat di kawasan kawasan yang kerap dilanda masalah tersebut.

Dalam sidang dewan yang lepas EXCO kerajaan negeri yang bertanggungjawab ada mengakui bahawa penyelenggaraan sistem saliran tidak dilakukan dengan sempurna dan ianya juga yang membuatkan banyak tempat pembiakan nyamuk.

Tapi disini Sangkakala tak mahu cerita nyamuk aedes sebab Selangor memang dah terkenal pun dengan kes Denggi diantara yang paling tinggi di Malaysia.

Tapi kali ini Sangkakala nak tanya, apa yang Jabatan Perparitan dan Saliran buat sampai banjir kilat sentiasa terjadi dimana mana kawasan apabila hujan lebat melanda.

Di Selangor kini cukup hanya dengan 2 jam hujan mencurah lebat maka sudah pasti akan ada kawasan yang dinaiki oleh air dan ini menjadi beban kepada rakyat dalam menjalankan tugasan harian.

Jalan penuh sesak dengan kenderaan yang bergerak amat perlahan apabila dinaiki oleh air.

Takkan selama 5 tahun masuk tahun ke 6 kerajaan Selangor masih lagi gagal memperbaiki sistem saliran yang ada? Kalau sistem perparitan ini pun gagal dibuat penambahbaikan, yang lain macam mana pulak?

Kegagalan demi kegagalan dilakukan oleh kerajaan Selangor tapi mereka akan cuba untuk menutup kegagalan tersebut dengan pelbagai helah, dan mereka ini akan cuba melarikan sesebuah permasaalahan dengan mewujudkan isu yang lain sedangkan masalah banjir seperti ini perlu diselesaikan dengan segera untuk kepentingan rakyat.

Kebajikan kepada rakyat nampaknya hanylah omongan kosong kerajaan Selangor dan rakyat Selangor terus ditipu oleh gula gula yang ditabur oleh kerajaan negeri.

Sedar sedarlah, kerajaan Pakatan memang tak mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kalau dah kerap sangat berlaku perkara atau permasaalahan seperti ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak peduli tentang kepentingan rakyat Selangor.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone