Jumaat, 1 November 2013

#BeraniHijrah #prusglimau KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM TIDAK DISENANGI !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Anwar Ibrahim nampaknya memang dibenci oleh para pengikut PAS di DUN Sungai Limau. 

Daripada apa yang dilihat, beberapa banner yang membantah kehadiran beliau ke pilihanraya kecil Sungai Limau telah direntang dan sekaligus membuktikan bahawa beliau memanh ditolak oleh pengikut PAS setempat. 



Ini semua mungkin berpunca daripada apa yang telah dilakukan oleh Anwar terhadap kepimpinan Arwah Ustaz Azizan semasa arwah menjadi Menteri Besar dulu dan pengikut PAS yang berada di kawasan ini adalah pengikut setia arwah Ustaz Azizan.

Semua mesti ingat lagi kisah apabila Anwar menggunakan kuasanya sebagai ketua umum melakukan gerakan untuk menjatuhkan arwah Ustaz Azizan dan mungkin kerana itu juga musuh arwah Istaz Azizan ini ditolak kehadiran nya pada PRK kali ini.

Anwar dijangka akan mengadakan ceramah pembohongan di kg Dulang Kecil pada malam ini dan dari apa yang kita lihat, apabila ada banner seperti ini dipasang rasanya kalau Anwar datang akan membawa malapetaka bagi calon PAS. 

Sangkakala masih ingat lagi semasa pilihanraya umum yang lalu di Bagan Serai apabila Anwar mengumumkan Dr Matnor Manuty sebagai calon ahli parlimen di kawasan tersebut, belum sempat Anwar turun dari pentas separuh padang tempat berhimpun telah kosong dan dari apa yang Sangkakala dengar, PAS Bagan Serai juga menolak kehadiran Anwar disana apatah lagi dengan mengumumkan calon yang tidak mereka sukai.

Ia nampaknya berlaku sekali lagi di Sungai Limau dan nampaknya Anwar akan dimalukan sekali lagi hari ini.

Kebencian arwah Ustaz Azizan juga pernah disuarakan kepada mantan Menteri Penerangan Malaysia dan ianya diakui sendiri oleh beliau.

Ikuti apa yang dikatakan oleh arwah Ustaz Azizan kepada Datuk Seri Zainuddin Maidin dalam video dibawah.


Daripada apa yang disampaikan oleh arwah kepada mantan Menteri Penerangan, jelas dan nyata arwah tidak mempercayai Anwar Ibrahim dan tidak pernah bersetuju gandingan yang dijalinkan oleh PAS dan PKR.

Jadi kepada pengikut serta pengundi di kawasan N.20 DUN Sungai Limau, fikir fikirkanlah, Anwar adalah dalang dalam perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini.