Jumaat, 8 November 2013

LAHANAT DALAM FACEBOOK DAH DI TANGKAP


Dengar kata lahanat dalam gambar yang hina Allah dan Nabi dalam facebook tu dah kena tangkap. 

Menurut kata Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, remaja 17 tahun  telah ditahan oleh polis di Bandar Hilir, Melaka pada pukul 3 petang dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Dia disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," kata ACP Zainuddin.

Dipercayai beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis di tengah malam kelmarin.

Menurut ACP Zainuddin, suspek yang tinggal di Petaling Jaya, telah berhenti sekolah sejak dua tahun lalu dan gemar bermain permainan komputer.

Polis juga telah cuba untuk mencari seorang yang lain yang telah menjawab posting remaja tersebut.

Harap harap lepas ni kalau dah dapat tangkap tu dakwa terus dan jangan le tempoh mencari atau mengesan suspek lebih lama dari tempoh penahanan, buat penat je kalau macam tu.




Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: