Jumaat, 22 November 2013

#dunselangor PC KETUA PEMBANGKANG DIHALAU KELUAR DEWAN @NajibRazak @nohomar

Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kecoh apabila Ketua Pembangkang dihalaubkeluar oleh Timbalan speaker Dewan yang mengatakan bahawa beliau tidak mengikut peraturan mesyuarat. 

Klik gambar untuk video

Pelik pulak Sangkakala tengok timbalan speaker ni yang macam tak boleh terima apa yang dilontarkan oleh ADUN Barisan Nasional dan setiap kali ada ADUN Barisan Nasional mengemukakan isu, maka segala bagai gangguan akan dilakukan oleh ADUN Pakatan.

Dan jika dilihat seseorang ADUN Barisan Nasional begitu ampuh dengan permasaalahan yang diutarakan, maka timbalan speaker akan menggunakan kuasa yang ada pada beliau sebagai jalan terakhir.

Ini bermakna, ADUN ADUN Barisan Nasional seolah olah dinafikan haknya untuk melontarkan isu kawasan setempat dan membawa permasaalahan rakyat untuk pengetahuan Dewan Undangan.

Bagi Sangkakala, jika sesebuah isu tidak dapat diselesaikan dalam Dewan, tidak ada guna nya untuk Dewan bersidang dan perlu diingat bahawa ADUN Barisan Nasional ini juga dipilih oleh rakyat bagi mewakili mereka untuk membawa segala permasaalahan mereka bagi pengetahuan pihak kerajaan.

Jika ini sikap kerajaan negeri, takkan ada kemajuan dan permasaalahan yang mampu diselesaikan oleh kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.