Sangkakala tengok ada diantara penggiat media yang memainkan isu tentang kenaikan harga minyak dan dibandingkan dengan negara negara barat seperti Amerika dan sebagainya.
Untuk makluman, Sangkakala tak nafikan bahawa negara barat memang harga petrolnya adalah diparas yang agak tinggi berbanding Malaysia, tetapi adakah taraf ekonomi penduduknya sama macam Malaysia juga.
Berapa pendapatan pekapita sebuah keluarga di negara Barat setahun berbanding dengan Malaysia.
Apa apa pun Sangkakala rasa kenaikan mendadak sebanyak RM 0.20 seliter itu tidak wajar dilakukan kerana ianya akan lebih membebankan rakyat.
Seperti Datuk Seri Nazri Aziz menempelak pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang meminta supaya Menteri menggunakan wang sendiri untuk membeli petrol.
Bagi Sangkakala ianya adalah amat mudah, kenapa menteri tersebut tidak menyahut seruan pembangkang untuk membuktikan bahawa mereka telus.
Jadi apa yang Sangkakala lihat disini, Menteri menteri tidak akan terasa tentang kenaikan ini dan yang akan merasa kesannya ialah rakyat yang berada dibawah.
Kerajaan perlu melakukan sesuatu dan Sangkakala harap, janganlah nanti apa bila sampai masa untuk pilihanraya, maka petrol akan diturunkan kemudian akan dinaikkan semula seperti harga yang ada kini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan