Selasa, 17 September 2013

@PDRMsia PEMILIK AKAUN FACEBOOK TAILONG MAN DICARI POLIS


Dalam pasukan polis memerangi ahli persatuan kongsi gelap dalam negara yang berjumlah ribuan orang, ada sorang pulak nak tunjuk hero.

Pemilik akaun facebook Tailong Man kini dikehendaki oleh pasukan polis apabila mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada pasukan polis ekorang 2 orang ahli kongsi gelap yang ditembak mati baru baru ini.

Apa yang Sangkakala lihat, Tailong Man ni mungkin nak cari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan membalas dendam terhadap anggota polis. 

Nah..sekarang ni rasakan pulak bila pihak polis cari dia, kalau dah berani nak ugut, takkan takut nak berdepan, keluar le tunjuk diri, jangan hanya berani bercakap dalam facebook sahaja.

Atau pun mungkin pemilik akaun ni dah lari tak cukup tanah apabila dimaklumkan yang sekarang ni usaha giat sedang dilakukan untuk mengesan beliau.

Cuma satu je lah, jangan le pulak nanti dah kerana terlampau takut,  tiba tiba kata akaun kena hack pulak ye.