Rabu, 25 September 2013

MAHATHIR BERTANDING DI LUMUT ??? BIAQ BETOI SIKIT !!!

Haha..maaf ye..bukan Mahathir bekas Perdana Menteri yang bertanding, tapi ni Mahatzir bin Muhamad yang akan bertanding merebut jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut.


Sangkakala kenal serba sedikit tentang calon NKP Lumut ni, memang orang yang sanggup bekerja dan berjuang demi parti dan ini telah terbukti dalam pilihanraya yang lepas. 

Mahadzir atau lebih disenangi dengan panggilan black boleh dikatakan dikenali oleh para pemuda bahagian Lumut dan Sangkakala amat yakin bahawa perwakilan pemuda bahagian tidak akan mensia siakan orang yang bertanggungjawab dalam pilihanraya yang lepas. 

Cuma kali ni Sangkakala memohon supaya Mahadzir diberikan peluang untuk berbakti dan berkhidmat dalam sayap pemuda bahagian Lumut dan Sangkakala yakin bahawa pemuda Lumut akan merasai perubahan yang bakal dilakukan.

Perubahan ini amat perlu demi untuk memberikan keselesaan seterusnya kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.