Jangan buat andaian bukan bukan, memang sebelum pilihanraya umum yang lepas Sangkakala berkerjasama dengan UMB dan turut sama dalan usaha untuk menubuhkan UMB Perak.
Tapi itu tidak bermakna Sangkakala dalam UMB, lagi pun tak salah rasanya kalau kita berkawan dengan semua orang dan Sangkakala akui bahawa Sangkakala selesa berkerja dengan semua blogger tidak kira dari kumpulan mana pun.
Jadi kepada sesetengah kumpulan yang mengaitkan artikel Sangkakala dengan barisan kepimpinan UMB, anda telah melakukan kesilapan besar.
Tapi hairan juga, kenapa UMB yang menjadi sasaran? Dan kenapa Sangkakala dikaitkan seolah olah amat rapat dengan UMB sedangkan blog Sangkakala tak le sehebat mana pun, tapi rupanya menjadi perhatian.
Terima kasih lah pada semua yang begitu mengambil berat rupanya tentang blog Sangkakala dan jutaan terima kasih juga kerana setia melayari bolg serta membaca artikel yang Sangkakala keluarkan.