Rabu, 18 September 2013

KENAPA @HishammuddinH20 KERAP MENJADI SASARAN ??? JOM KITA SIASAT !!!


Apa yang dinukilankan adalah hasil pemerhatian sendiri dan pendapat peribadi.
Iman tidak boleh diwarisi, begitu juga dengan kepimpinan seseorang pemimpin.

Pengalaman yang akan mematangkan seseorang itu untuk memimpin dengan lebih baik.

Dilahirkan didalam keluarga yang terdiri dikalangan pemimpin tidak memberi tiket ekspress untuk seseorang itu berjaya.
Begitu juga dgn Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau telah melalui pelbagai dugaan untuk berada di takuk beliau sekarang.

Bermula sebagai ketua pemuda di Bahagian Ledang, Tenggara, Ketua Pemuda Johor, Ketua Pemuda UMNO di peringkat pusat selama dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Tenggara.

Setiap peringkat yang dilalui penuh jatuh dan bagun yang mematangkan beliau.

Jikalau di lihat, ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua pemuda umno Malaysia, perlbagai dugaan yang perlu dihadapi ketika itu.

Sebagai pemimpin yang bijak, beliau telah menangani segala permasalahan dengan baik.

"saya sudah melalui banyak dugaan dan ia bukan mudah tetapi yang member kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam kerajaan dan UMNO kerana apa yang dilakukan bukan untuk diri sendiri tetapi demi agama, bangsa dan Negara."

Didalam kabinet, beliau telah bermula dari sebagai seorang setiausaha parlimen hingga ke tahap menteri, pelbagai telah ditempuhi beliau didalam kabinet.

Tatkala beliau menjawat jawatan menteri dalam negeri, sering kali beliau dianggap menteri yang lemah dan hanya tahu memberi amaran.

Tetapi adakah kita tahu apa yang perlu beliau lalui untuk memastikan sesuatu perkara tersebut menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Meneraju kementerian dalam negeri mempunyai cabarannya sendiri.

Setiap detik berlakunya peristiwa yang menyentuh perkara yang sensitif, Kementerian Dalam Negerilah dimana tempat tuju pelbagai pihak.

Akan tetapi, kita sebagai rakyat hendaklah bijak untuk memikir adakah sesuatu perkara itu berada dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Dibawah Kementerian Dalam Negeri juga mempunyai jabatan yang mempunyi bidang dan tanggungjawab tersendiri.

Sebagai contoh, Polis DiRaja Malaysia merupakan salah satu badan yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dan mempunyai tanggung jawab sendiri.

Bidang kuasa polis adalah untuk menangkap mereka yang melanggar undang-undang.
Akan tetapi, ada lagi satu badan yang di pertanggungjawabkan untuk mendakwa mereka ke mahkamah.

Jadi adakah semua perkara perlu diletakkan diatas kesalahan Datuk Seri Hishammuddin?
Beliau menjalankan tugas mengikut landasan kuasa yang tertakluk dibawah kekuasaan beliau, dan jika melebihi kuasa maka beliau akan dicop pula sebagai orang yang menyalah gunakan kuasa.

Jadi kita perlu sama sama fikirkan dimana dan setakat mana kuasa seorang Menteri hingga pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap beliau.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone