Sedih bila melihat masih ada Melayu yang Sangkakala anggap tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan apabila pergi memberikan penghormatan terakhir kononnya kepada bangkai kepala komunis Chin Peng.
Dengan menggunakan ayat selamat bahawa beliau pergi melawat atas dasar kemanusiaan, Sangkakala macam nak maki dan ketawa sekaligus.
Kalau nak kata melawat atas dasar kemanusiaan, pejuang yang gugur di Lahad Datu dulu tu Melayu bangang dalam gambar diatas tu ada pergi tak?
Dengar cerita lelaki diatas yang beriya iya bergambar tu adalah bekas anggota keselamatan, dan Sangkakala berani mengatakan jika beliau ada semasa keganasan komunis, kemungkinan besar beliau akan membocorkan rahsia pasukan keselamatan kepada pihak musuh pada ketika itu.
Kalau nak kata Chin Peng tu pejuang kemerdekaan, berapa puluh tahun lepas merdeka baru komunis meletakkan senjata? Dan berapa ramai pulak anggota keselamatan yang dibunuh oleh kumpulan komunis dalam kejadian serangan terhadap pasukan keselamatan negara?
Jadi tolonglah, kalau nak sokong komunis jangan nak bagi ayat ayat bodoh sebab, rakyat Malaysia tidak akan sesekali menerima kemaafan atau apa juga bentuk keinsafan yang dilakukan oleh komunis terhadap rakyat Malaysia.
Berapa ramai yang menjadi mangsa rogol, bunuh dan tak kurang juga yang diseksa hingga mengakibatkan kecacatan kekal dan sebagainya.
Rakyat Malaysia Sangkakala rasa majoritinya bersetuju juga agar bangkai Chin Peng tidak dibawa balik ke Malaysia walau dalam apa bentuk walaupun sebesar hama.