Kalau ikutkan Sangkakala malas nak campur sangat pasal benda benda macam gambar diatas, tapi Sangkakala rasa kena juga dedahkan tak kira siapa si pelaku.
Dalam gambar diatas, Sangkakala rasa tak patut ayat sebegitu keluar dalam laman facebook dan bagi Sangkakala ayat tersebut melambangkan betapa biadap si pemilik akaun.
Tindakan harus diambil tak kira siapa mereka dan Sangkakala yakin walaupun pemilik akaun tidak menggunakan nama sebenar, namun Sangkakala yakin bahawa ada orang yang boleh mengesan sipemilik akaun tersebut.
Dan kepada pemilik akaun facebook Ratu Naga II, Sangkakala rasa apa yang anda ucapkan adalah amat biadap dan kurang ajar, hingga sanggup memaki seorang Sultan sebegitu.