Jumaat, 6 September 2013

@hairul_own @tunfaisal TEJA MERIAHKAN SUASANA RUMAH TERBUKA MERDEKA RAYA PEMUDA IPOH TIMOR

Wawawa..lama dah Sangkakala tak tengok kumpulan Teja beraksi kembali dan malam ni terubat kerinduan setelah menyaksikan persembahan mereka secara live di majlis rumah terbuka Merdekaraya yang dianjurkan oleh pergerakan pemuda Ipoh Timor.


Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Ketua Bahagian Ipoh Timor, Datuk Azian Othman serta Ahli Dewan Undangan Negeri Perak,  YB Saudara Maslin Sham.


Majlis yang diadakan di perkarangan restoran Simpang Tiga Ipoh dihadiri kira kira 1500 orang dari pelbagai kaum dan bangsa.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada pemuda Ipoh Timor yang menjayakan majlis tersebut dan berjaya menyatukan pelbagai bangsa dalam sebuah majlis.