Rabu, 11 September 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KETUA BAHAGIAN BATU DISERANG ??? MESTI ADA SEBAB !!!

Berita panas ni, Datuk Yahaya Mat Ghani dikatakan kena serang dengan mantan ketua penerangan bahagian Haji Jamaluddin sewaktu perasmian cawangan Kg Chubadak Hilir.

Puncanya dikatakan daripada ucapan Datuk Yahaya Mat Ghani atau Tok Abbas menghina Haji Jamal kononnya dapat projek dari UMNO, Gerakan dan pelbagai sumber.

Tok Abbas juga kata tak cukup lagi ke projek yang dah dapat, apa lagi nak? Wah..kasar tu Tok Abbas, jangan le sampai kata macam tu sekali.

Haji Jamal dikatakan memang tak menyokong Tok Abbas tapi tindakan Tok Abbas mengaibkan seorang bekas veteran umno di khalayak orang ramai memang tak patut sangat.

Akibat dari perbuatan Tok Abbas tu, veteran UMNO ni dikatakan amat kecewa dan merasa terhina sedangkan projek yang Haji Jamal dapat semua atas usaha sendiri dan bukan melalui Tok Abbas.

Takkan Tok Abbas dengki dengan Haji Jamal kot sampai keluar kata kata macam tu.

Kalau dengan orang lama pun tak hormat, apatah lagi dengan golongan muda, main sergah ikut suka je la nampaknya.

Sudah sudah le tu Tok Abbas, jangan kerana sikap Tok Abbas tu makin ramai orang akan meninggalkan UMNO bahagian Batu nanti.



Psstt...mesti ada yang narah lagi ni kan..haha




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: