Khamis, 19 September 2013

ADAM ADLI ELOK MOHON BERHENTI DARI PENGAJIAN

Sangkakala dengar tempoh penggantungan pelajar UPSI yang banyak menimbulkan kontroversi, Adam Adli dilanjutkan hingga ke satu tempoh yang diberitahu kelak.

Pada Sangkakala elok le Adam Adli berenti terus dari belajar dan teruskan berdemo sepanjang hidup.

Lagi pun kalau nak belajar tapi takde tumpuan tak guna, bukan dapat apa pun.

Elok elok belajar dan boleh mencipta kejayaan dah pulak nak tunjuk hebat dengan melakukan pelbagai perkara yang boleh memalukan UPSI,  jadi jalan terbaik berhenti sajalah.

Mana le tau kalau lepas berhenti Anwar nak ambil jadi budak pembancuh air ke atau budak lipat baju kat dalam pejabat PKR atau Pakatan Pembangkang yang lain.

Tindakan UPSI dikatakan melanjutkan tempoh penggantungan disebabkan kes Adam Adli yang masih dalam mahkamah berikutan satu pendakwaan atas akta hasutan.

Dah takde masa depan budak sekor ni, lepas ni boleh tunjuk hero di khalayak ramai lagi.