Ada yang berkata bahawa ini adalah hadiah kerajaan Barisan Nasional selepas lebih 100 hari memerintah Malaysia dan tak kurang juga yang mengatakan ini adalah hadiah sempena menyambut kemerdekaan.
Sangkakala agak bersetuju dengan kedua dua pendapat, ternyata kerajaan telah memberikan hadiah kepada rakyat setelah lebih 100 hari memerintah, dan satu lagi ini adalah hadiah sempena hari kemerdekaan negara yang ke 56.
Ada juga yang mengatakan tidak salah jika kerajaan menaikkan harga minyak, tetapi bukanlah sebanyak itu secara mendadak memandangkan ekonomi rakyat masih lagi tidak stabil.
Dengan kenyataan akan menaikkan pemberian BR1M semasa belanjawan nanti, ini tidak memungkinkan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang ada.
Apa yang kita lihat pada zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dulu, kenaikan harga minyak tetap berlaku tetapi ianya hanyalah beberapa sen seliter dan setahu Sangkakala, kenaikan tersebut tidak melebihi 5 sen seliter.
Jika kenaikan ini diteruskan, adakah jalan lain bagi kerajaan menaikkan taraf ekonomi rakyat? Ekonomi negara mungkin akan ada sedikit kenaikan tetapi jika ekonomi rakyat semakin merudum, tidak mustahil rakyat akan berasa muak dan jelak dengan kerajaan yang ada pada hari ini.
Kenaikan ini Sangkakala lihat tidak ubah seperti janji pembangkang yang akan menjanjikan. Segala bagai demi untuk kemenangan tetapi setelah mencapai kemenangan segala janji tersebut akan hilang.
Adakah slogan Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan sudah hilang selepas pilihanraya umum yang lalu?
Jika ini dikatakan Rakyat Didahulukan, Sangkakala tidak menolak bahawa selogan tersebut hanyalah ritorik untuk mencapai kemenangan sebagai kerajaan.
Perdana Menteri perlu juga melihat dimana, sambutan hari raya bagi setiap pemimpin boleh dikatakan diadakan secara besar besaran dan rakyat diminta untuk berjimat cermat dalam penggunaan bahan api dan makanan.
Adakah ini berbaloi? Rakyat hanya memerhati, jangan sampai nanti janji kerajaan kepada rakyat akan diletakkan ketepi kerana rakyat sudah tidak percaya kepada janji janji manis kerajaan Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan