Adakah dengan hanya bersalam dengan Perdana Menteri seperti diatas sudah membolehkan Abas mengatakan bahawa Perdana Menteri meminta supaya beliau kekal?
Lagi sekali Tok Abas nak kenakan para perwakilan khususnya ahli UMNO Batu, hari tu menangis depan UMNO Wilayah kata yang mana cuma ada 3 cawangan je yang menolak dia, tapi sekarang ni dah 35 lak yang menolak dia sebagai ketua bahagian.
Lepas tu pegi canang sana sini kata Perdana Menteri nak dia jadi Ketua Bahagian tu sebab dia kena kekal sebagai ketua UMNO bahagian Batu.
Politik murahan nampaknya dilakukan oleh Tok Abas kali ni, mana pulak Perdana Menteri pernah nak minta mana mana ketua bahagian kekal, itu hak perwakilan la nak pilih siapa, kan demokrasi.
Tapi politik air mata Tok Abas ni orang dah lama kesan, dan kini rasanya pengundi di kawasan Batu dah mula naik muak dengan air mata Tok Abas ni yang dilihat dah tak laku lagi.
Nampaknya Tok Abas kena tukar strategi pulak untuk bertanding kali ni dan Sangkakala dengar sudah ada yang menyatakan keberanian untuk melawan Abas di bahagian, syabas dan tahniah Sangkakala ucapkan kepada yang berani untuk menentang Tok Abas sebab dah banyak sangat hal yang Sangkakala dengar tentang Ketua Bahagian Batu ni.
Lepas tu Sangkakala tengok le pulak dalam FB Tok Abas ni, ada le sorang mamat mana tak tau, marahkan Sangkakala kononnya cuba nak memecah belahkan UMNO bahagian Batu.
Untuk makluman bro, Sangkakala takkan bercakap atau menyerang jika Sangkakala tak terlibat sama, Abas kalau tak kenal Sangkakala memang sengaja la jenis tak kenang budi, dulu siapa yang backing dia? Cuba tanya balik?
Tapi kenapa Sangkakala hentam dia? Sebab dia ni jenis tak kenang budi orang, bukan minta dibalas sebab bagi Sangkakala kalau tak mampu membalas budi, cuba cubalah mengenang budi.
Dan satu lagi perlu diingat, Abas memang tidak lagi layak memegang jawatan ketua bahagian sebab gagal untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional malah bukan itu sahaja, undi untuk pembangkang juga turut meningkat.
Jelas ini menunjukkan kegagalan seorang penjual ikan kepada seorang pemian golf mentadbis sebuah bahagian dan Abas perlu merasa malu dengan keadaan tersebut.
Jangan cuba salahkan orang lain kalau diri sendiri lupa akan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh perwakilan sebelum ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan