Projek yang menelan kos berbillion ringgit ini sebenarnya akan menempatkan segala gala yang terbesar dalam dunia termasuklah kuil dan patung tokong juga yang terbesar didunia akan dibina di kawasan tersebut.
Menurut rakan blogger Sangkakala, Din Turtle upacara pecah tanah akan diadakan pada bulan November nanti.
Baca DISINI.
Apa yang Sangkakala kesalkan disinibialah, mengapa Perdana Menteri seperti merahsiakan projek mega ini kepada rakyat jelata, kalau setakat untuk membina kompleks perniagaan terbesar atau apa apa yang besar sekali pun, janganlah sampai projek tersebut diselitkan sekali dengan binaan berhala, tokong dan rumah penyimpanan abu mayat terbesar di kawasan tersebut.
Tapi Sangkakala tak terbaca pula ada pembinaan masjid terbesar di dunia dan ditempatkan di kawasan tersebut.
Dalam perlembagaan negara ada menyatakan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan sepatutnya Masjid adalah keutamaan dalam pembinaan di kawasan tersebut.
Walaupun untuk tujuan pelancongan, Sangkakala berpendapat adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan membina kawasan tersebut dengan pelbagai binaan yang pelik pelik termasuklah Piramid yang juga kononnya terbesar didunia.
Dengan keluasan seluas 500 ekar, seperti kata rakan Sangkakala, ianya tidak akan mampu dilawati hanya dengan 4 atau 5 jam, mungkin ianya akan mengambil masa lebih dari itu dan Sangkakala tidak pula melihat bahawa ada binaan masjid di kawasan tersebut, dan jika kawasan ini dilawati oleh orang Islam, adakah mereka ini perlu melakukan solat di tepi jalan?
Satu lagi persoalan yang Sangkakala ingin persoalan ialah, adakah kerajaan Malaysia akan mengubah lanskap kehidupan rakyat dengab mewujudkan tempat sebegitu atau adakah perlembagaan negara perlu kita tukar dengan tidak lagi meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan?
Bukanlah Sangkakala hendak menghalang kemajuan negara tetapi pembinaan ini perlu DIBANTAH dan DIHALANG sepenuhnya oleh orang Islam demi menjaga maruah agama Islam di negara ini.
Mungkin Najib sekarang dah tak berapa nampak tentang Islam dan keperluan serta sensitiviti masyarakat beragama islam itu aendiri kerana sudah terlalu taksub dengan slogan mengampu iaitu 1Malaysia.
Jadi disini Sangkakala menyeru kepada semua umat Islam khasnya badan badan bukan kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai asas perjuangan mereka supaya sama sama menentang pembinaan tersebut sebelum ianya terlambat.