Ahad, 22 September 2013

GUAN ENG CUBA NAK TUNJUK BAIK !!! NAK TUTUP ADA TERIMA DUIT KE ???


Sangkakala setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Jahara Hamid yang juga merupakan ADUN Barisan Nasional dan Ketua Pembangkang Pulau Pinang tentang pemberian peruntukan sebanyak RM 40 ribu bagi setiap ADUN Barisan Nasional negeri itu.

Kata Jahara duit peruntukan yang diberi oleh Guan Eng bukanlah duit beliau sendiri tetapi itu adalah duit rakyat jadi ADUN BN harus menerimanya untuk melaksanakan projek projek kecil di kawasan masing masing.

Jahara juga berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional juga ada memberi peruntukan kepada negeri yang ditadbir oleh pembangkang dan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak.

Agaknya Guan Eng nak canang le tu yang dia ada bagi peruntukan pada ADUN Barisan Nasional dan dia ingat boleh le tutup peruntukan yang dihantar oleh kerajaan pusat kepada negeri Pulau Pinang selama DAP memerintah.

Silap banyak le kalau nak buat macam tu, sebab semua orang tau dan bukan semua orang bodoh macam pengikut pakatan selama ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone