Ni Sangkakala nak sambung sikit pasal blogger yang mengatakan dia hebat dalam berblog selama ni..sebab dalam ranking blogger pun dia duduk nombor 10, Sangkakala mana le mampu nak lawan dia sebab Sangkakala cuma duduk di tangga ke 12 je dalam ranking baru baru ni.
Tapi Sangkakala nak bagi tau la dekat syedoutsidethebox yang artikelnya semua dalam bahasa inggeris dan panjang berjela jela macam nak buat novel ni.
Yang sebenarnya apa yang dilakukan oleh blogger hebat dari bloghouse ni tak menjadi kesan besar sangat kepada lanskap politik UMNO secara menyeluruh, yelah kalau dah menulis dalam bahasa inggeri je, berapa ramai sangat le nak baca, tapi mungkin le ada sikit sikit kot.
Sangkakala nak sambung sikit je sebab Syed ni Sangkakala tengok cuba untuk menaikkan Datuk Mukhriz untuk menjadi Naib Presiden tetapi dalam masa sama memusnahkan karier politik Mukhriz sendiri.
Dengan tujuan untuk menaikkan Mukhriz, Syed terlupa bahawa ada Khairy Jamaluddin yang sedang masuk gear 3 untuk memotong di garisan penamat dalam perlumbaan di antara Khairy dan Mukhriz untuk menjadi pemimpin nombor satu.
Perlu ingat sikit Syed, Mukhriz ni namanya sedang harum bak bunga yang mekar di pagi hari, jadi kalau bertanding dimana mana post dalam UMNO pun boleh menang tapi Mukhriz perlu ada sentuhan dengan para pemuda UMNO.
Sangkakala nak ingatkan pada Syed, takkan Khairy nak diam dan biatkan je Mukhriz jadi Naib Presiden sebab dulu pun masa bertanding kita dah lihat berapa banyak pencalonan yang ada pada Mukhriz akhirnya Khairy yang sampai ke garisan.
Mungkin saranan Sangkakala ni boleh Syed guna pakai sikit untuk mengetahui selok belok politik UMNO, apa kata Syed masuk sebagai ahli lepas tu cuba bertanding, disitu nanti akan mengajar Syed tentang politik UMNO.
Blogger ni beriya iya sangat nak Mukhriz naik jadi Naib Presiden sedangkan Khairy sedang menyusun tentera dalam pergerakan pemuda, berapa ramai dikalangan pegawai pegawai Khairy yang akan bertanding sebagai EXCO pemuda UMNO Malaysia seperti Zaidel, Ibdil dan ramai lagi dikalangan ahli Unit Pidato dan BNYV akan masuk bertanding untuk mendapatkan tempat serta mengukuhkan lagi kekuatan Khairy dalam pemuda.
Syed sepatutnya menasihati Mukhriz untuk bertanding melawan Khairy sebab, buat masa sekarang, Sangkakala nampak Khairy mempunyai peluang yang lebih cerah dalam arena politik tanah air berbanding Mukhriz.
Ini semua Syed tak nampak sebab apa yang beliau nampak hanyalah untuk menaikkan Mukhriz dan sekiranya sekali lagi Mukhriz dinafikan sebagai pemenang, maka akan adalah kata kata sumbang menyalahkan orang itu dan ini serta perlakuan sebegitu dan sebegini tapi yang menjadi hakikatnya ialah, orang orang di sekeliling Mukhriz sendiri kurang bijak dalam percaturan politik.
Sangkakala rasa ada baiknya kalau Syed duduk balik dalam team Mukhriz dan bincang elok elok tentang perjalanan politik beliau sebab kalau Mukhriz bertanding sebagai Naib Presiden sekalipun, tapi takde kekuatan bersama pemuda di peringkat akar umbi, maka kemenangan tersebut akan jadi sia sia kerana Mukhriz mungkin akan menjadi Naib Presiden yang terpinggir.
Mukhriz juga nanti akan dilihat sebagai seorang Naib Presiden yang bermasalah untuk bekerjasama dengan pemuda UMNO disebabkan masalah beliau dan Tun Mahathir dengak Khairy atau sebagai Naib Presiden yang akan kerap dibalun oleh budak budak dibawah Khairy Jamaluddin.