Rabu, 18 September 2013

BANTU @HishammuddinH2O !!! BUKAN HENTAM SAMA SENDIRI !!!

Sangkakala rasa apa yang Sangkakala tulis sebelum ni tentang blogger dan cybertrooper Hishamuddin yang gagal mengawal hentaman dari penggiat media  memang tepat dan kena pada tempatnya.

Hari ni je Sangkakala dapat lihat bahawa cybertrooper Datuk Seri Hisham sekali lagi bermain dengan orang yang didalam lingkungan sedangkan ada blogger blogger diluar sana tetap menghentam Datuk Seri Hisham.

Adakah tasking atau tugasan mereka ini hanya dalam lingkungan tersebut? Kalau benar begitu, Sangkakala tak nampak cybertrooper Datuk Seri Hisham akan berjaya membawa beliau ke peringkat yang lebih bagus.

Jika begini sikap mereka secara berterusan, nampaknya Datuk Seri Hisham akan menerima kesan yang amat kuat dan persepsi orang ramai terhadap beliau akan bertambah buruk oleh kerana sikap cybertrooper cybertrooper yang tidak berapa bijak bermain dalam media sosial diletakkan di sekeliling beliau.

Adakah dengan cara itu, mereka mampu untuk mengekalkan Datuk Seri Hisham sebagai Naib Presiden? Dengan cara menghentam sesama sendiri dan membiarkan persepsi negatif orang ramai bertambah.

Sayang sekali bila Datuk Seri Hisham yang dulunya semasa menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengharum namanya tetapi kini sudah mula pudar dengan adanya cybertrooper yang kurang arif ini disekeliling beliau.

Tapi apa nak buat? Kita tengokkan sahaja sampai mana dan sejauh mana mereka mereka ini membantu Datuk Seri Hisham untuk mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden.