Memang menarik bunyinya kan? Tapi betul ke kerajaan Barisan Nasional khususnya parti UMNO merealisasikan program tersebut?
Sangkakala semalam juga telah mendengar bahawa satu Majlis Ekonomi Bumiputera yang akan di Pengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri akan diwujudkan.
Tapi adakah ini juga mampu untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera setelah apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sebelum ni?
Jangan sesekali setelah menerima hentaman kerana gagal untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu setelah segala macam kemudahan diberikan kepada kaum bukan Melayu dan Bumiputera khususnya orang Cina, maka Perdana Menteri cuba mengambil hati dengan mengatakan bahawa beliau akan membela nasib orang Melayu.
Seperti yang Sangkakala dan beberapa orang rakan blogger keluarkan baru baru ini tentang PEMANDU yang menjadi penasihat ekonomi negara yang mana agensi ini langsung tidak membantu syarikat teksi Bumiputera tetapi Perdana Menteri sendiri telah mempromosikan syarikat teksi MyTeksi yang terang terangan dimiliki oleh Anthony Tan cucu kepada pengasas Tan Chong motor yang juga merupakan orang ke 11 terkaya di Malaysia.
Tetapi syarikat teksi milik bumiputera iaitu TaxiMonger dibiarkan tanpa sebarang promosi oleh pihak kerajaan bahkan MyTeksi dikatakan yelah mene4ima Getan bernilai jutaan ringgit tetapi tidak TaxiMonger.
Apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri semalam semasa pelancaran program Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Sangkakala sudah dapat merasakan bahawa akan ada suara suara sumbang uang bakal muncul dan akhirnya program ini akan dikuburkan bersama hari yang menjelang.
Majlis Ekonomi Bumiputera yang dikatakan akan bersidang setiap sekali sebulan atau lebih dari itu hanya akan tinggal kenangan.
Bukan Sangkakala tidak menyokong jalan ke arah untuk membantu golongan Bumiputera ini tetapi adakah Najib Razak mengkaji apa yang ada disekitar beliau atau hanya mendengar kata kata penasihat yang bakal membawa kepada PUNAHSIHAT kepada beliau?
Jika Perdana Menteri mampu untuk menjadi seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang disegani dan setiap apa yang dirancang oleh beliau tidak mampu disanggah oleh sesiapa sekali pun, Sangkakala rasa program Memperkasa Ekonomi Bumiputera ini akan berjalan dengan cantik dan teratur.
Semalam baru dilancarkan, tapi hari ini sudah ada kenyataan akhbar dari pemimpin Barisan Nasional di kalangan bukan Melayu sendiri yang meminta agar Najib Razak menjadi Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya kepada orang Melayu atau Bumiputera sahaja.
Mereka ini pasti akan menuntut janji Perdana Menteri dalam pelancaran program Gagasan 1Malaysia dari beliau dan adakah nanti Perdana Menteri mampu untuk menepis janji janji tersebut demi mendayakan orang Melayu dan Bumiputera?
Dan Sangkakala yakin, sedikit hari lagi apa yang dipekikkan oleh Perdana Menteri hingga tegang urat tengkuk pasti akan diberikan juga kepada kaum bukan Bumiputera dan bacaan 1 daripada 7 wasiat Raja Melayu semalam juga hanyalah sekadar bacaan tapi belum tentu mampu untuk direalisasikan.
Ini semua boleh di ibarat kan 'sudah terhantuk baru terngadah' tapi masalah yang menjelang bakal menguburkan lagi syarikat bumiputera dan Sangkakala amat yakin bahawa apa yang dikatakan dalam program semalam hanyalah sekadar untuk memujuk orang Melayu yang kini merasa terpinggir dan berjaya atau tidak program tersebut hanyalah akan dicatit dalam kertas semata mata.
Kepada Perdana Menteri, berjuanglah atas keupayaan sendiri, bukan dengan keupayaan penasihat dan kalau perlu juga penasihat penasihat ini memberikan nasihat biarlah mereka memberi nasihat yang tidak melibatkan bumiputera dan mohon supaya agenda memperkasakan bumiputera dan Melayu ini datangnya dari orang yang benar benar ada sifat keMelayuan yang tinggi supaya matlamat untuk melihat Melayu itu maju menjelang tahun 2020 bakal tercapai.