Sangkakala terjumpa gambar ni dalam facebook yang dimuat naik oleh seorang rakan facebook Sangkakala.
Sedih bila mengenangkan nasib warga emas seperti gambar diatas yang telah diletakkan oleh anaknya ditepi masjid.
Adakah kita masih boleh menggelarkan anak kepada pakcik Wahid Hussin 72l1 ini sebagai manusia atau lebih baik kita gelarkan sebagai binatang?
Apa lah salah dan dosa seorang bapa sehingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa dan bagi Sangkakala yang sudah ketiadaan orang tua walau sebesar mana pun salah dan silap mereka, mereka tetap ibu dan bapa kita yang menjadi penyebab kita berada didunia.
Cuba ingat kembali siapa yang membesarkan kita, siapa yang menyara kehidupan kita, adakah balasan sebegini layak diberikan kepada ibu bapa kita?
Kepada para pembaca sekalian, Sangkakala ibgin menyeru supaya hormatilah dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada, kerana walau sehebat mana sekalipun, ayah dan ibu tidak dapat ditukar ganti.