Tindakan tersebut dilihat seolah olah memboikot cawangan sendiri dan yang paling mengecewakan ialah cawangan tersebut di ketuai oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan.
Takkan bila dah jadi SUPOL Perdana Menteri sampai mesyuarat cawangan pin tak datang? Itu fah nampak dangat Khairun ni bermasalah dengan cawangan serta bahagian beliau sendiri.
Tapi agak menghairankan apabila Khairun boleh pulak hadirkan diri ke cawangan lain dan mengikut maklumat yang Sangkakala dapat, cawangan tersebut adalah hardcore kepada Khairun.
Kalau betul perkara ni nampaknya Khairun memang tidak layak untuk memegang apa apa jawatan sekalipun walaupun beliau baru baru ini ada menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding apa juga jawatan dalam politik.
Jelas sangat Khairun seolah olah hanya hadir ke cawangan cawangan yang menyokong beliau walaupun tidak sampai beberapa cawangan sahaja yang menyokong beliau di bahagian.
Nampaknya Tan Sri Aseh perlu memberikan nasihat kepada anak kesayangannya ini, bukan apa, biar si Khairun lebih tahu tentang dunia politik dan untuk menjadi pemimpin sikap yang dilakukan oleh Khairun amat tidak sesuai dan akan merosakkan diri sendiri.
Tapi tak kisahlah kan? Khairun selama ni pun sememangnya tak berapa berminat untuk membantu UMNO dalam segala sudut seperti contoh masa PRU yang lepas, tapi apa nak buat bila Perdana Menteri berkenan untuk melantik Supol dari kalangan exco pemuda UMNO Malaysia yang berada di tangga 18 semasa pemilihan 2008 yang lalu.