Ahad, 22 September 2013

@NajibRazak @PDRMsia MOHON ATAU TIDAK TAKDE SIAPA NAK PEDULI !!! JANGAN CARI PASAL !!!


Kecoh pasal abu bangkai si Chin Peng beriya iya nak dibawa balik ke Malaysia, dah macam macam cara dibuat oleh keluarga pengkhianat tu demi untuk mencapai hasrat bekas bapa komunis yang mati di Bangkok baru baru ni.

Ada antara ahli keluarga Chin Peng cuba nak mengelirukan kerajaan dengan mengatakan bahawa Chin Peng pernah memohon untuk mendapatkan semula kerakyatan Malaysia.

Sangkakala rasa, dah mohon atau tidak itu bukan alasan abu bangkai si Chin Peng nak dibawa balik ke Malaysia, apa yang penting ialah, majoriti rakyat Malaysia tidak mahu abu bangkai si Chin Peng dijejakkan semula ke negara ini dan ini adalah muktamad.

Cuma satu je lah harapan kita, jangan nanti kerajaan tetiba pulak boleh bersikap lemah lembut dan benarkan abu si Chin Peng dibenarkan masuk ke Malaysia.

Sangkakala rasa, bukan kehendak Chin Peng agar abu bangkainya di bawa balik ke Malaysia, tetapi ianya adalah simbol kemenangan bagi parti komunis dengan mengatakan mereka berjaya menawan negara walaupun sudah menjadi abu dan mereka masih mampu untuk pulang.

Lagi satu, ianya juga melibatkan persepsi negara luar yang Malaysia menerima pengganas yang amat kejam dengan mengepalai kumpulan bersenjata untuk dibawa pulang walaupun hanya abu yang tinggal.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone