Alamak..orang kuat Ketua Bahagian Batu sudah marah kat Sangkakala la sebab dok hentam boss dia dalam blog ni.
Kenapa nak melompat bro? Sangkakala cuma nyatakan kebenaran bukan nak memecah belahkan keadaan yang memang dah berpecah di bahagian Batu.
Tak betul ke Datuk Yahaya atau Tok Abbas dah mandikan Datuk Ramlan dicawangannya sendiri?
Sangkakala cuma tanya, kenapa di cawangan lain Tok Abbas boleh bagi tau nak orang itu nak orang ini jadi ketua cawangan tapi bukan di cawangan Datuk Ramlan yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian dia sendiri?
Salah ke kalau Sangkakala tanya macam tu? Atau memang ye perkara tersebut berlaku?
Tok Abbas boleh pulak berdiam diri sedangkan orang yang melawan Datuk Ramlan di cawangan merupakan penghantar surat di pejabat bahagian, atau memang To Abbas suruh lawan sebab takut dengan kekuatan Ramlan yang mampu untuk melawan Tok Abbas di bahagian?
Takde lagi istilah sekapal kalau dah biarkan orang lain mencabar orang dalam kapal sendiri, begitu juga dengan kes baru baru ni yang berlaku kepada Naib Ketua Bahagian.
Apa yang Sangkakala nampak sekarang ni Tok Abbas akan cantas semua yang dia rasa menjadi pesaing kuat kepada kedudukan dia di Bahagian Batu.
Ini bukanlah politik matang yang dilakukan oleh Tok Abbas sedangkan semua orang tau masa pemilihan yang lepas, siapa yang bawa Tok Abbas untuk menang di Bahagian, bukan Datuk Ramlan ke?
Kalau tak mampu untuk membalas budi, cuba cubalah mengenang budi, itu perlu diingatkan kepada Tok Abbas, jangan nanti orang kata macam melepaskan anjing tersepit.
Kalau dah Timbalan sendiri pun Tok Abbas tak mampu nak pertahan, mampu ke Tok Abbas pertahankan Barisan Nasional di kawasan Batu atau akan menerima kekalahan demi kekalahan di setiap pilihanraya akan datang.
Tapi rasa Sangkakala itu tak penting bagi Tok Abbas sebab kalah atau menang Barisan Nasional di kawasan Batu, dia tetap boleh main golf bersama ahli ahli korporat sambil berbincang tentang bagaimana cara untuk melobi projek projek yang ada.
Maklumlah, Tok Abbas terkenal sebagai pemimpin air mata di peringkat Menteri Menteri ni.