Isnin, 30 September 2013

BANGUNAN DI TERENGGANU RUNTUH LAGI


Apabila dilihat semula kejadian runtuhan bangunan yang berlaku di negeri Terengganu sejak tahun 2008 sehingga kini, sebanyak 14 kes telah dilaporkan dan dibawah Sangkakala masukkan setiap kejadian bermula daripada tahun 2008.

12 April 2008
Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang runtuh.

2 Jun 2008
Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak runtuh.

29 Jun 2008
Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud tanggal.

15 Mac 2009
Pusat Latihan Antarabangsa Kemaman (runtuh balkoni)

6 Ogos 2009
Menara komunikasi di Kampung Chegar Batang, Besut, tumbang.

3 Oktober 2009
Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh Kemaman runtuh.

21 Disember 2009
Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang runtuh.

29 Mac 2010
Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu runtuh dalam pembinaan.

21 Jun 2012
Astaka dalam pembinaan di Besut runtuh.

19 Julai 2012
Papan tanda gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang, tumbang.

24 Julai 2012
Tangki air Sekolah Menengah Paka, pecah.

30 Disember 2012
Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai runtuh.

20 februari 2013
Kerangka stadium Sultan Mizan runtuh semasa baik pulih.

20 Mei 2013
Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang runtuh.

Jika dilihat daripada kronologi diatas, terlalu banyak kejadian runtuh dan kejadian 2 hari lepas merupakan kejadian ke 15 runtuhan bangunan berlaku di negeri Terengganu.

Apa yang menyedihkan ialah, pembangkang asyik meyalahkan kerajaan walaupun kerajaan menggajikan kakitangan dalam memantau setiap projek yang dijalankan.

Hari ini Menteri Besar telah meminta supaya pihak SPRM melakukan siasatan sama ada ianya berlaku penyelewengan dalam pembinaan tersebut.

Daripada apa yang Sangkakala perhatikan, mungkin ada kelewatan sedikit disini dalam meminta siasatan oleh SPRM diambil, tetapi takpelah asalkan ada dan sisatan perlu segera dijalankan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone