Siang tadi Sangkakala memang nampak gambar seperti diatas hebat dimainkan oleh macai macai pembangkang yang mengatakan bahawa Arwah Tun Razak sebagai pengkhianat sebab bergambar dalam latihan tentera Jepun.
Pada asalnya Sangkakala malas juga nak ambil tahu tentang hal tersebut sebab bagi Sangkakala amat mudah.
Jika membuat latihan dengan tentera Jepun, tidak semestinya seseorang itu askar Jepun, macam kita mengadakan latihan di sekolah dulu sebagai kadet polis, kita masih bukan anggota polis.
Tapi malam ni ada sorang blogger yang dah keluarkan fakta tentang apa yang dilakukan oleh arwah Tun Razak semasa peperangan dengan Jepun dan anda boleh klik DISINI untuk bacaan lanjut.
Dah nampakkan apa yang dilakukan oleh arwah Tun Razak semasa hayatnya dan bagaimana pula si macai macai pembangkang ni nak counter balik agaknya ye.
Kepada macai macai pembangkang, Sangkakala harap cari pula sumber lain dan kami akan counter dengan fakta yang tepat dan sahih.