Jumaat, 27 September 2013

@HishammuddinH20 #h20family BOSS SENDIRI TIDAK TERJAGA !!! SIBUK PERTIKAI ORANG LAIN BERTANDING

Kadang kadang nak gelak pun ada bila tengok pompom girl and boy dalam H20 Family ni yang selalu sangat nak pertikai tentang calon nak bertanding tapi dalam masa sama lupa nak jaga boss sendiri yang telah buruk persepsinya dimata masyarakat.

Tapi ye lah, dah dapat tempat bergantung yang baru kalau kalah pun tak menjadi masalah besar rasanya bagi mereka mereka ni.

Semuanya berpunca dari pada masalah peribadi hingga terlupa macam mana nak naikkan prestasi boss mereka yang dianggap sebagai keluarga kononnya.

Kalau ini la jentera yang Tok Hisham pakai, nampaknya Tok Hisham lepas ni balik ke Sembrong dan duduk termenung.

Program yang selalu dijalankan pula ialah makan nasi royale beramai ramai lepas tu nanti kata la mereka penat untuk berjuang dalam memastikan kemenangan.

Itupun kalau menang, kalau kalah teruslah hilang, buat masa ni cari tayar spare dulu kot kot kalau tergeliat pulak Tok Hisham nanti tak payah susah susah nak cari pengganti.

Sangkakala bercakap sebab sudah dua tiga kali Sangkakala cuba nak perbetulkan persepsi dan tanggapan buruk masyarakat terhadap tok hisham tapi apa yang Sangkakala lihat, kumpulan syok sendiri ni masih tidak berubah malah makin menjadi jadi perangainya.

Sudah sudah la tu, jangan nak attack orang kalau diri sendiri pun tak berapa nak betul, daripada apa yang Sangkakala lihat,  orang yang diserang tu lah yang selalu melakukan kerja untuk membantu Tok Hisham daripada si penyalak penyalak di dalam laman sosial ni.

Lepas tu yang paling kelakar, keluarkan status tak berani nak tag pada orang yang diserang,  puii !!! Jenis bacul tak berani berdepan, bila terjumpa buat muka kerang busuk tersengih sengih macam takde apa yang berlaku.

Baik kerat pelir buang bagi anjing makan lagi elok daripada simpan macam pondan.