Gambar diatas diambil dari akaun twitter Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah dipecat.
Tapi yang sebenarnya ianya adalah kisah 15 tahun dahulu dimana Anwar Ibrahim telah dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri serta ahli UMNO.
Tapi dari apa yang Sangkakala lihat, Rafizi macam mendoakan agar Anwar dipecat pula dari dalam PKR.
Kita perlu imbau kembali apa yang dilakukan oleh Anwar 15 tahun lalu hingga membuatkan beliau dipecat.
Tapi ramai yang telah lupa dan menuruti secara melulu segala pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini.
Dengan pelbagai kes perlakuan moral yang buruk Anwar sememangnya tidak layak untuk menduduki kerusi nombor dua kerajaan dan bukan dimasa itu sahaj, sehingga kini pun Anwar sememangnya tidak berkelayakan untuk duduk di mana mana kerusi pentadbiran kerajaan.
Tinggal 2 minggu sahaja lagi, akan menjadi satu detik bersejarah penipuan Anwar yang mengatakan bahawa ada ahli parlimen dari kerajaan yang akan melompat parti dan menyokong barisan parti pembangkang untuk menubuhkan kerajaan.
Pasti semua orang masih ingat lagi omongan kosong 16 September bukan? Itulah pembohongan yang dilakukan oleh anwar kepada rakyat dan juga penyokong parti pembangkang.
Rakyat Malaysia amat bijak dalam menentukan masa depan mereka dan dari apa yang dilihat, rakyat Malaysia khususnya orang orang Melayu masih lagi setia terhadap Barisan Nasional dan menidakkan parti pembangkang untuk menjadi kerajaan falam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.
Jadi disini dapat kita lihat sejak 15 tahun yang lalu, rakyat Malaysia sudah mengenali Anwar Ibrahim dan sudah muak dengan perilaku perilaku yang dilakukan oleh beliau.
Anwar Ibrahim ni sepatutnya juga dipecat daripada terus menjadi ketua pembangkang kerana terbukti gagal untuk menjayakan janji janji yang diberikan kepada pengundi pengundi pakatan pembangkang.
Walaupun dengan pelbagai fitnah terhadap kerajaan dilemparkan, namun rakyat masih tidak dapat menerima kehadiran pembangkang untuk menjadi pemerintah.