Isnin, 9 September 2013

@NajibRazak @tengkuadnanreal KETUA BAHAGIAN BATU MENGAMUK DALAM MESYUARAT ??? KENAPA NI ???

Wahh..hebat betul Ketua Bahagian Batu ni..siap buat kecoh sewaktu persidangan cawangan Naib Ketua UMNO Bahagian, Tuan Hj Mohd Hassan JamaluDdin pada Jumaat lepas.

Dengar cerita Datuk Yahaya Mat Ghani sepatutnya rasmikan mesyuarat tersebut, tapi oleh kerana dia lewat sampai ke dewan tempat mseyuarat, mesyuarat tersebut telah dijalankan.

Datuk Yahaya buat kecoh dan marah marah orang kat dalam mesyuarat tu, puncanya sebab bila dia sampai mesyuarat dah mula dan dia malas nak tunggu.

Siap boleh sound perwakilan dalam dewan tu supaya pilih Mat Dan, Timbalan KC untuk lawan Hj Hassan, apa punya mentaliti Ketua Bahagian macam ni?

Datuk Yahaya dileraikan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ramlan dan dengar cerita, Datuk Yahaya balik macam tu saja tanpa rasmi mesyuarat tersebut.

Akhirnya Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ramlan yang rasmikan mesyuarat.

Akibat kekecohan itu Haji Hassan dikatakan amat kecewa dan dia luahkannya dalam ucapan dia sewaktu perasmian.

Habis semua Haji Hassan tabur Abas dan Aznie yang turut hadir sama, sekarang ni Abas dah buang Haji Hassan dari barisan dia sendiri.

Apa nak jadi dengan Ketua Bahagian Batu ni? Tak sudah sudah nak tunjukkan kepala angin dia, macam mana nak majukan bahagian kalau dah ada sikap yang macam tu?

Kalau masih lagi dipilih Tok Abbas ni sebagai Ketua Bahagian, alamat hancur le Bahagian Batu tu, elok le ditukar kepada orang lain, mungkin akan memberikan nafas baru pada UMNO Batu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: