Sabtu, 7 September 2013

BLOGGER @hishammuddinH2O PENAKUT !!! NAK BALUN SYED BLOGHOUSE PUN TAK BERANI !!!

Sangkakala terbaca dalam blog syedoutsidethebox yang menceritakan tentang 6 orang calon Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang.
Sangkakala akui tentang apa yang tertulis dalam blog tersebut tapi ada banyak perkara yang perlu diambil kira sebenarnya tentang apa yang tertulis, hakikat tetap hakikat yang sebenarnya.
Dalam artikel tersebut, Sangkakala lihat ianya lebih kepada mengkritik tentang Datuk Seri Hishamuddin yang dikatakan akan bakal kecundang (mengikut undi popular).

Tapi yang sebenarnya, yang menjadi permasaalahan bukanlah Datuk Seri Hishamuddin, tetapi dikalangan pegawai serta penasihat yang berada di sekeliling beliau.

Pegawai pegawai yang sepatutnya memberikan nasihat kepada Datuk Seri Hisham sebenarnya gagal untuk memberikan idea yang bernas dan dapat membantu Datuk Seri Hisham.
Kerisauan sebenarnya perlu dirasakan oleh pegawai pegawai yang dilantik oleh beliau sendiri sebab sekiranya Datuk Seri Hisham kecundang, mereka juga sudah tidak ada tempat di mana mana kementerian dan ini yang perlu mereka risaukan sebanranya.
Datuk Seri Hisham juga sebenarnya telah tersilap percaturan dengan mengambil blogger blogger dan wartawan wartawan yang mana Sangkakala lihat tidak membantu beliau dalam menangani persepsi orang ramai terhadap beliau selama ini.

Banyak perkara sebenar tidak di dedahkan kepada rakyat yang mana Sangkakala lihat ianya amat perlu kerana tidak semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau adalah benar, kebanyakannya hanyalah persepsi dalam pemikiran yang sempit.
Malahan persepsi negatif terhadap Hishamuddin semakin menjadi jadi akibat dari ketidaknafian oleh blogger blogger dan wartawan wartawan yang ada bersama beliau.

Ini juga termasuk dengan kumpulan syok sendiri yang Sangkakala gelarkan sebagai Pom Pom Girls and Boys serta social media girls and boys dalam H2O family yang Sangkakala lihat tidak memberikan kesan untuk menangani persepsi masyarakat terhadap Datuk Seri Hisham, mereka ini seolah olah menjadikan H2O family seperti tempat untuk bersantai santai, makan makan, minum minum dan bersronok seronok semata mata.

Para bloggers yang diambil oleh Hishamuddin juga lemah macam pondan dan tak mampu untuk pertahankan Hishamuddin dan mereka ini hanya bermain politik lembik hingga takut untuk menyerang calon calon Naib Presiden yang lain walaupun mereka mereka (calon) ini juga mempunyai banyak kelemahan dalam diri masing masing.

Tapi takpelah, yang sebenarnya blogger syedoutsidethebox ni pun nak naikkan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden dan mereka sedar serta tahu bahawa Hisham ada kekuatan sendiri dan kerana itu juga mereka akan terus menghentam Hisham dengan memainkan persepsi untuk menjatuhkan jatidiri yang ada pada beliau serta mereka mencadangkan agar Hisham menarik diri dan seterusnya memberikan laluan mudah kepada Mukhriz.

Blogger ini sebenarnya tahu yang dia dengan mudah boleh menyerang Datuk Seri Ali Rustam yang sudah terlalu tua untuk menjadi Naib Presiden dan mengepalai UMNO hingga ke PRU 14 nanti kerana sekarang pun beliau sudah berumur 62 tahun dan jika PRU 14 akan diadakan 5 tahun lagi, maka umur Tok Ali sudah mencecah 67 tahun.

Blogger ni juga tahu dia boleh kenakan Tan Sri Isa Samad serta Ali Rustam berkenaan dengan politik wang sebab blogger syedoutsidethebox ini sendiri duduk dalam lembaga penasihat rasuah dan dia sendiri boleh menghentam Isa serta Tok Ali sebab tak mahu UMNO dicemari dengan imej politik wang mereka berdua.

Tapi kenapa blogger ni tak mahu buat sebegitu? Sebab tahu kedua dua calon Naib Presiden (Tok Ali dan Isa Samad) boleh dimusnahkan dengan mengungkit kembali isu rasuah, politik wang dan umur yang sudah lanjut dan kemungkinan besar Hishamuddin pula mempunyai 1 atau 2 perkara yang mampu untuk menidakkan calon pilihan blogger ini untuk menjadi Naib Presiden dan kerana itulah blogger ini seboleh bolehnya mendesak supaya Hishamuddin menarik diri dari bertanding.
Kalau Sangkakala jadi blogger ni yang boleh memberikan nasihat kepada Mukhriz, Sangkakala akan nasihatkan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan bukannya dalam Majlis Tertinggi atau Naib Presiden sebab, untuk membolehkan Mukhriz pergi lebih jauh, beliau perlukan sokongan dari kalangan pemuda terlebih dahulu dan beliau perlu ada sentuhan dengan para pemuda seperti mana yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin selama hampir lima tahun (sebab term yang panjang).

Tetapi dalam term sekarang pun Sangkakala lihat hanya 50% sahaja yang betuk betul mengikut Khairy dan jika Khairy masih menjadi Ketua Pemuda, maka beliau akan mempunyai masa selama sepenggal lagi untuk mencari sokongan dari pemuda dan mungkin juga penggal ini akan menjadi panjang sehingga ke pilihanraya ke 14 nanti.

Oleh itu Khairy mempunyai masa yang akan mengukuhkan kedudukan beliau yang mana ini akan memudahkan serta melicinkan pergerakan beliau untuk pergi lebih jauh berbanding Mukhriz untuk menjadi pemimpin peringkat atasan hinggalah menjadi pemimpin nombor 1 iaitu Perdana Menteri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone