Kerana terlalu taksub dengan dakyah pembangkang, akhirnya seorang penoreh getah dihukum penjara dan denda oleh mahkamah.
Penoreh getah tersebut yang didakwa atas dakwaan merosakkan kenderaan polis dalam himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur tahun lepas.
Sekarang kita boleh tengok siapa yang akan tampik untuk membela si penoreh getah ni dalam menghadapi hukuman pwnjara dan denda terhadap beliau.
Mari kita lihat, pemimpin pembangkang yang beriya iya menghasut para pengikut mereka untuk turun ke jalan raya dan melakukan rusuhan tidak mempunyai masalah langsung.
Malah mereka kini boleh tidur lena dirumah masing masing sedangkan para pengikut mereka kini bakal merengkok dalam penjara.
Adakah mana mana pemimpin pembangkang yang hadir mengijuti prosiding mahkamah? Tidak seorang pun yang kelihatan sedangkan semasa kes mereka berlangsung, ratusan orang membanjiri perkarangan mahkamah kononnya untuk memberi sokongan moral dan kini apabila mereka (pengikut) dikenakan tindakan, seorang pun pemimpin mereka yang hadir.
Ini adalah sikap pemimpin pembangkang yang akan meninggalkan pengikut mereka jika mereka mempunyai masalah dan para pemimpin pembangkang ini akan terus menghilangkan diri mereka malahan bersuara juga mereka tidak akan lakukan.
Kepada macai macai pembangkang, sudah sudah la tu, tak perlu lagi mengikut pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri, lupakan sahaja mereka, itu lebih baik.