Sangkakala terbaca dalam Sinar Harian yang mengeluarkan kenyataan Datuk Yahaya Mat Ghani atau tok abbas yang mengatakan bahawa beliau yakin persidangan bahagian akan dilakukan secara tertib.
Sangkakala yakin mesyuarat perwakilan bahagian Batu akan berjalan lancar, tetapi adakah mesyuarat mesyuarat cawangan berjalan dengan baik apa bila Tok Abbas campur tangan dalam boleh dikatakan setiap setiap cawangan.
Abbas mengatur calon calon ketua cawangan dan apabila ditentang maka maki hamun akan keluar dan dihamburkan dan ini diakui oleh ahli bahagian Batu sendiri yang sudah mula jelak dengan lakonan Abbas.
Mungkin ada yang tidak mahu bersuara tetapi jelas sudah ramai yang merungut apabila Abbas tidak melakukan apa apa penambahbaikan di bahagian Batu dan dalam Sinar Harian, beliau mengatakan bahawa tempoh sepenggal tidak cukup untuk membuat pembaharuan.
Tapi ahli bahagian sendiri mengatakan bahawa takkan penggal yang begitu lama kalau diikutkan selama 5 tahun dan ianya hampir 2 penggal biasa (3 tahun sepenggal) masih belum mencukupi.
Sangkakala juga berpendapat sama juga begitu, satu penggal dalam UMNO cuma 3 tahun dan penggal kali ini berlanjutan sehingga 5 tahun dan ianya sudah hampir kepada 2 penggal biasa, takkan masih belum cukup untuk Abbas melakukan penambahbaikan.
Atau Abbas kali ini sengaja untuk mengaut keuntungan daripada jawatan yang disandang beliau pada tahun 2008 tempoh hari dan ingin menyambung semula jawatan tersebut bagi penggal kali ini?
Sangkakala selalu melihat apa yang berlaku di bahagian Batu, dan Sangkakala mengatakan bahawa penambahbaikan yang dilakukan tidak berbaloi dengan usia penggal selama 5 tahun.
Dan jika itu alasan sepenggal tidak mencukupi ini bermakna memang Abbas tidak cuba untuk melakukan penambahbaikan dan ada kemungkinan penambah baikan yang dilakukan oleh beliau adalah dalam permainan golf yang amat diminati oleh beliau.
Sudah sudah la tu Tok Abbas, kalau ahli cawangan sendiri tak tau bila mesyuarat cawangan diadakan, itu penambah baikan atau merosakkan mana yang ada.
Sangkakala bercakap berlandaskan bukti yang ada dan jika Tok Abbas mahu Sangkakala buka semua rahsia rahsia ini, dengan sukarelanya Sangkakala akan dedahkan termasuklah kemana duit pilihanraya dan duit MAYANG yang pernah menjadi kontroversi apabila parti komponen menghantar protes berkenaan dengan peruntukan tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri beberapa tahun dulu.
Nanti Sangkakala akan dedahkan perkara ini dan kita tengok apa akan jadi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone