Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada rakyat yang memperolehi pendapatan RM 3000 ke bawah sebenarnya adalah satu kesilapan besar Perdana Menteri.
Kesilapan yang Sangkakala maksudkan ialah, penerima BR1M sepatutnya hanya menerima bantuan tersebut apabila kerajaan atau negara memperolehi lebihan keuntungan dan bukannya dibiayai sepanjang masa.
Tapi kerana kerajaan dilihat terlalu terdesak untuk memperolehi kemenangan, maka pemberian BR1M telah dijanjikan dengan kenaikan sehingga RM 1200.
Kini apabila minyak dunia dijangka akan meningkat, kerajaan dilihat telah tersepit diantara memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan juga subsidi minyak.
Untuk mengekalkan pemberian BR1M sepertimana yang dijanjikan, maka subsidi minyak perlu dikorbankan dan alasan yang diberikan oleh kerajaan ialah ramai dikalangan orang yang berkemampuan sama sama menikmati subsidi minyak.
Persoalannya disini ialah, berapa ramai dikalangan rakyat yang mempunyai pendapatan melebihi RM 3000 sebulan berbanding dengan dibawah RM 3000?
Adakah semua yang memperolehi pendapatan RM 3000 kebawah ini menikmati Bantuan Rakyat tersebut?
Sepatutnya kerajaan berkongsi keuntungan negara dengan rakyat sekiranya keuntungan itu melebihi dari apa yang sepatutnya diperolehi oleh negara.
Apabila kerajaan menjanjikan bantuan tersebut secara berpanjangan, maka jika negara tidak memperolehi keuntungan berlebihan sudah pasti subsidi subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat akan ditarik semula dan ini lebih membebankan rakyat.
Cuba kita bayangkan, bantuan yang diberikan kepada rakyat berjumlah RM 1200 setahun berbanding penggunaan minyak petrol, diesel dan sebagainya.
Adakah ini berbaloi untuk semua rakyat Malaysia? Bagi Sangkakala Bantuan Rakyat 1Malaysia tidak perlu diteruskan dan berika subsidi semula kepada rakyat untuk kebaikan bersama.
Harap kerajaan dapat melihat perkara ini secara halus dan penuh pertimbangan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan