Boleh pulak dia bertanya ada ke orang nak baca cerita dalam media sosial terutamanya blog, ishhh..agak agak le YB kalau nak becakap tu, takkan hilang langsung jasa pengamal media ni agaknya sampai YB becakap sedemikian rupa.
YB Suraya Yaacob atau lebih mesra dipanggil dengan kak Suraya bertanya adakah orang yang nak baca blog? Pelik sungguh la YB sorang ni.
Takkan le tak boleh nak fikir salah satu sebab kenapa Kedah boleh dirampas kembali oleh Barisan Nasional adalah disebabkan oleh rakan rakan penggiat media sosial yang menulis tentang segala fakta apa yang berlaku di negeri Jelapang Padi selama PAS memerintah dulu.
Takkan baru sangat dah boleh lupakan semua tu agaknya atau Sangkakala rasa YB kita ni memang jenis yang tak suka membaca dan itu salah satu punca beliau boleh bertanyakan soalan yang macam tu.
Sedangkan Perdana Menteri sendiri sudah berpuluh kali mengatakan bahawa penguasaan media sosial dalam mempengaruhi pengundi adalah amat perlu tapi YB Suraya masih lagi bertanya.
YB Suraya ni nak bertanding sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, tapi kalau ini keadaan YB yang kurang arif dan tidak mengambil tahu tentang kehidupan di alam siber, rasanya nanti wanita UMNO Malaysia akan mendapat masalah jika dihentam oleh pembangkang dengan medium yang sama iaitu media sosial.
Sangkakala bukanlah nak menghina, tetapi selaku seorang wakil rakyat takkanlah juga YB kita ni tak tau salah satu cara untuk mendekati pengundi dan penyokong melalui media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya.
Harap kak Suraya banyakkan lagi belajar tentang semua tu supaya nanti tak dapat malu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone