Isnin, 16 September 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG TERBANG KE BANGKOK ?? NAK BERTAFAKUR KE ??


Hari ni genap penubuhan negara Malaysia untuk ke 50 tahun dan hari ini juga sambutan sempena hari penubuhan tersebut telah disambut dengan meriah di Sabah.

Tapi hari ini juga merupakan hari yang boleh dikatakan hari kegembiraan kepada mangsa mangsa keganasan komunis yang pernah berlaku zalim terhadap penduduk di negara ini dizaman keganasan mereka dahulu apa bila setiausaha agung Parti Komunis Malaya dikatakan telah meninggal dunia di Bangkok pada jam 6.30 pagi tadi. 

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa Sangkakala agak biadap apabila mempersendakan kematian seseorang tapi apa yang membuatkan Sangkakala merasa gembira adalah kerana mengenangkan ramai dikalangan askar Melayu dan rakyat Malaysia yang tertindas dizaman komunis dahulu.

Walaupun Sangkakala belum lahir semasa keganasan komunis namun dengan beberapa fakta sejarah telah membuatkan Sangkakala merasa begitu berdendam dengan komunis dan apa yang lebih menguatkan dendam Sangkakala terhadap mereka ini adalah kerana moyang Sangkakala sendiri telah dibunuh dengan kejam oleh komunis sehingga mayat Allahyarham tidak dikebumikan kerana tidak tahu dimana mayatnya diletakkan.

Sangkakala juga telah mendengar cerita bahawa para pemimpin DAP  akan mengadakan rombongan ke Bangkok untuk memberikan penghormatan terakhir kononnya kepada mendiang Chin Peng.

Ada juga yang mengatakan bahawa pemimpin Islam PAS juga akan mengikuti rombongan tersebut.

Agaknya pemimpin PAS juga nak jalankan upacara bakar lilin macam yang pernah dilakukan oleh mereka sikit masa dulu kot.

Apa apa pun hari ni Sangkakala rasa amat gembira dan mengucapkan syukur kerana sehingga ke akhir hayat Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia diatas kekejaman yang dilakukan oleh parti yang disertai oleh mendiang semasa hayatnya.