Ahad, 8 September 2013

TINDAKAN LIOW TIONG LAI TEPAT !!! CHUA SOI LEK HARUS BERUNDUR !!!


Tindakan Timbalan Presiden MCA,  Datuk Seri Liow Tiong Lai tepat dan kena pada masanya apabila beliau meminta Presiden parti tersebut supaya berundur dari menjadi pemimpin no 1 parti tersebut.

Chua Soi Lek dilihat gagal untuk membawa kemenangan kepada parti tersebut dalam pilihanraya yang diadakan baru baru ini dan perkara ini perlu diambil serius.

Chua perlu memberikan laluan kepada muka baru untuk mentadbir parti tersebut kerana kegagalan beliau memberikan persepsi positif masyarakan cina kepada kerajaan.

Ada kemungkinan jika parti yang menjadi salah satu komponen terbesar Barisan Nasional itu jika diterajui oleh barisan kepimpinan yang baru akan memberikan kemajuan dan kepercayaan masyarakat kaum cina kepada kerajaan serta memberikan semula kepercayaan mereka.

Chua satu masa dulu selepas pilihanraya negeri Sarawak pernah bertindak untuk meminta Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Taib Mahmud untuk mengundurkan diri dari menjadi Ketua Menteri walaupun Barisan Nasional Sarawak berjaya mengekalkan kerajaan dan pada kali ini mereka membuktikan sekali lagi keupayaan apabila memberikan kerusi parlimen dalam angka yang agak besar bagi membolehkan kerajaan Barisan Nasional terus menjadi kerajaan Malaysia.

Jika yang berjaya memberikan kemenangan didesak untuk melepaskan jawatan, bagaimana pula dengan Chua yang gagal? Adakah perlu diberikan peluang lagi atau perlu lebih bertanggungjawab atas kegagalan tersebut?

Chua tidak perlu mengatakan Liow tidak sabar untuk menjadi Presiden ekoran dari desakan Liow agar Chua berundur kerana ini bukan masalah tidak sabar atau sebagainya, tetapi ianya adalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam MCA serta mengembalikan sokongan masyarakat cina kepada kerajaan.

Jadi oleh yang demikian, Chua seharusnya melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden dan memberi laluan kepada muka baru sekiranya mahukan kemenangan MCA dalam pilihanraya akan datang.