Antara ayat yang Sangkakala suka dengar ialah dari calon Ketua Bahagian, biasanya ayat yang mereka akan lontarkan kepada para perwakilan berbunyi begini, "TEGUR TEGUR LAH SAYA JIKA SAYA SILAP", ayat yang cukup sedap dijadikan sebagai halwa telinga.
Tapi bagai mana pula selepas pemilihan dan calon tadi telah pun menang sebagai pemimpin bahagian?
Ini ayat yang akan keluar selepas itu, " SILAP LE KALAU TEGUR SAYA", "SAYA NI KETUA BAHAGIAN", nampak tak? Ayat yang sama cuma perkataan di terbalik terbalikkan atau ditempatkan ditempat yang lain.
Jadi pemimpin seperti ini seharusnya ditolak dalam pemilihan kali ni kerana mereka ini sebenarnya hanya pentingkan diri sendiri dan hanya mahukan jawatan untuk kesenangan diri sendiri tapi bukan untuk berjuang dalam parti.
Kalau ayat sebagai ketua pemuda atau sayap pula ini bunyinya.
"PILIHLAH SAYA DAN SAYA AKAN BAWA SUARA KITA KE PERINGKAT LEBIH TINGGI, ANDA SEMUA TAHU BAHAWA SAYA LANTANG BERSUARA, SETAKAT MENTERI SAYA SOUND DIRECT JE".
Betul ke macam tu? Atau itu ayat retorik semata mata untuk memancing undi kemenangan?
Dan ayat ini pula akan keluar sekiranya telah berjaya menjadi ketua sayap.
"SAYA BUKAN TAK BOLEH BERSUARA, TAPI NANTI BAHAGIAN KITA JUGA YANG SUSAH".
Ini ayat dah biasa sangat Sangkakala dengar dan dah naik muak pun.
Cuma apa yang Sangkakala nak sampaikan disini ialah, pilih pemimpin yang benar benar ikhlas dalam perjuangan parti yang sanggup meletakkan kepentingan diri serta keluarga demi parti.
Ini adalah orang yang mampu untuk membawa parti jauh kehadapan dan meraih semula keparcayaan rakyat terhadap kerajaan.